16 Disember 2018 : Kelab Pegawai dan Kakitangan pejabat Che Da adakan Majlis Apresiasi dan Hi-Tea di Hotel Symphony Suite di Ipoh dengan tema Denim. Macam biasa, Che Da mesti pergi dengan soul-mate Che Da. Ada konflik juga nak cari baju yang sesuai sebab Che Da dah selongkar almari...yang ada jeans aje. Blouse atau kemeja denim memang Che Da tak ada. Terpaksalah ke pekan Tg. Malim 2 hari sebelum untuk cari blouse atau kemeja yang sesuai dengan tema. Dan tudung untuk dipadankan dengan baju. Biasalah kan... Majlis bermula seawal 2.00 petang tapi Che Da tiba 15 minit lewat. Highway time weekend faham-faham ajelah... Che Da minta tolong kawan booking tempat. Risau sampai lambat. Nanti tak pasal-pasal kena duduk meja VIP. So, bila sampai kawan dah lambai. Alhamdulillah, duduk semeja dengan AJK walaupun bukan AJK. View dari balkoni Tingkat 10 Masih di Tingkat 10. Hujan renyai kat belakang tu... Hujung tahun kan...masing-masing seronok d...
13 Disember 2018 : Hari ini Che Da cuti sebab Che Da dan husband nak bawa Yusuf ke klinik pakar kanak-kanak di hospital. Husband kejutkan Yusuf suruh mandi dan bila dah siap bersikat dan berbedak segala, Yusuf tidur semula. Alahai kesiannya, kena bangun awal hari ini. Bila dah masuk dalam kereta, bersambung lagi sesi tidurnya. Che Da dan husband ketawa tengok Yusuf. Pukul berapalah tidurnya malam tadi sampai tak boleh nak buka mata. Yusuf tidur dengan Fatin sejak Fatin balik dari maktab. Kalau lambat kakaknya tidur, lambatlah Yusuf tidur. Biasanya kalau Yusuf dan Yunus ada appointment di klinik pakar kanak-kanak di hospital, Che Da dan suami akan bawa diaorang lewat dari masa yang ditetapkan pada kad. Selalu sangat kalau datang awal pun, tetap dapat jumpa doktor lewat. So, the best way is to come late...but not later than 11.00 a.m. Kalau datang dekat pukul 11.00 pagi, tak perlu tunggu lama sangat. Sementara tunggu giliran, sempat kami wifie dulu... ...
Drawing is his passion... Diagnosed with mild autism... Kinda shy. After countless sessions of speech therapy, he slowly overcomes his lack of communication skills. Thank you Allah.
Comments
Post a Comment