Berakhirnya Sebuah Penantian


2 Januari 2020 - Che Da memang menunggu-nunggu hari ini. Pelbagai spekulasi dan khabar angin terhenti.  Waktu ini surat penempatan ke sekolah diserahkan kepada Che da saya serta  lima orang rakan yang lain. 

     Sejak awal kedengaran desas-desus tentang penstrukturan semula Pejabat Pendidikan Daerah, Che Da memang membina harapan untuk kembali ke sekolah. Rindu pada sekolah dan wajah-wajah comel anak-anak murid Che Da simpan di lubuk hati yang paling dalam. 

     Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, apabila ditanya tentang rancangan masa hadapan oleh mantan PPD Che Da luahkan niat yang terpendam. Alasan-alasan lain Che Da hanya kongsi bersama suami. 

     Che Da mengaku, bukan mudah untuk menggalas semula tugas sebagai guru  setelah meninggalkan sekolah selama empat tahun. Banyak kemahiran dan perkara baru yang perlu Che Da kuasai segera.  

    

OKlah! Dapat sekolah dekat dengan rumah.


Bersama Pegawai Pendidikan Daerah. 

Che Da dan rakan-rakan menggelarkan diri kami, Geng Balik Sekolah. 



      Kalau ada yang bertanya, tak menyesal ke kembali ke sekolah? Jawapan Che Da, tidak. Walau apapun pandangan orang, Che Da tahu kebolehan sendiri. Mengapa mesti bersedih?

     Selepas dapat surat, Che Da temankan Kak Nor (dalam gambar) ke sekolahnya untuk melapor diri. Sebelum memandu pulang, kami singgah makan tengahari dulu. 



     Nampak menyelerakan bukan? Menurut Kak Nor, hidangan teh rebus adalah signature kedai makan ini yang terletak di pekan Tapah. Lupa nama kedai! Kedainya pun tersorok. Orang-orang Tapah mesti pernah datang ke sini. Memang sedap air teh rebus dan nasi ayam yang Che Da pesan tu.

    Bila perut dah kenyang, barulah seronok nak memandu pulang. Che Da tak terus balik rumah  sebab hendak ke sekolah melapor diri. Guru Besar sudah maklum Che Da akan tiba lewat sikit kerana memandu dari Tapah ke Slim River. Malas nak memecut macam selalu. Che Da bawa steady je, 80km-j tanpa melalui lebuhraya.

   Sesampainya di sekolah, pejabat masih buka. Alkisahnya semasa sedang berbual-bual, Guru Besar tiba-tiba hulurkan satu beg kertas. Terkejut Che Da. "Nah!Kawan bagi"

   Senyum simpul Che Da. Terima kasih kepada rakan sepejabat. Dia terlebih dahulu datang ke sekolah Che Da ditempatkan. 

   Semoga persahabatan kita  akan terus kekal terjalin. Maafkan Che Da jika tidak dapat menjadi sahabat yang baik. Semoga terus sukses di pejabat. Terima kasih atas memori bersama. 




      Antara barang dalam beg tu ialah pen marker. Yelah...dah jadi cikgu, itulah hadiah yang paling sesuai. Terima kasih atas ingatan. 

      Che Da stop dulu ye. Nanti Che da sambung lagi. 





Comments

Popular posts from this blog

Majlis Apresiasi dan Hi-Tea 2018

My 4th -Yunus Faisal