INDAHNYA RAMADHAN



Nampak berselera  sungguh Yusuf makan bihun sup. Bertambah-tambah. Tidak bersisa kuah dalam mangkuk di hadapannya.

    "Sedap ye Yusuf?"

    "Ya." Dia tersenyum puas. Kekenyangan barangkali.

     Alhamdulillah. Yusuf istiqamah berpuasa Ramadhan kali ini. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, lazimnya dia akan kepenatan apabila pulang daripada sekolah. Lalu dia akan berbuka puasa sebelum waktunya.

    Pagi tadi Farah juga mendapat maklumbalas temuduga kursus yang dipohon melalui UPU. Teruja dia berbicara tentang temuduga atas talian.

   Fatin juga akan menghadapi temuduga atas talian pada bulan Mei nanti. Tarikh peperiksaan IELTS yang dijadualkan pada bulan Jun masih belum muktamad. Dia bercita-cita untuk ke luar negara.🙄

   Ramadhan tahun ini Yunus melangkah setapak lagi. Waktu kami solat berjemaah, dia akan turut serta. Solatnya tidak sempurna tetapi dia terus mencuba. Alhamdulillah, tiada solat kami yang terbatal kerana tingkahnya yang terbeza.

    Walaupun pergerakan terbatas kerana PKP, Ramadhan tetap menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda atas ibadah yang dilaksanakan.

   Sesungguhnya Ramadhan kali ini penuh hikmah dan mawaddah.

   Saya kongsikan video gelagat Yunus sewaktu solat Maghrib. Kebetulan ada ahli jemaah yang 'bercuti', jadi video ini dapat dirakam.😁

  Jangan kecam ye. Yunus autistik. Dia belajar melalui pendekatan yang berbeza.


#4RamadhanPKPfasa3

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Apresiasi dan Hi-Tea 2018

My 4th -Yunus Faisal