Perak - Kulim - Tanjung Tokong



5 Disember 2019 - Cuti hujung Semester 1 Fatin bermula. Che Da sekeluarga sampai ke KMKu, Kulim dah malam. Selepas Maghrib baru kami tiba.

     Kami gerak dari Perak pukul 3.30 petang. Memang dah agak akan sampai lewat, jadi kami booking hotel seminggu lebih awal. Alah, hotel tiga bintang je...Hotel Sental Seaview, Tanjung Tokong.

    Selepas habis loading barang-barang Fatin ke dalam kereta, kami shoot pula ke hotel. Masing-masing dah lapar. Che Da cuba pujuk anak-anak supaya check in hotel dulu baru cari makan.

  Dalam masa tujuh jam, kami sudah merentasi tiga negeri. Perjalanan kami bermula dari Perak ke Kedah. Dan daripada Kedah terus ke Pulau Pinang.



Kita posing dulu...



Sebelum keluar cari makan, kita boomerang dulu!




      Macam mana hotel? Oklah...not bad. Setakat nak tidur untuk satu malam, kira berbaloilah.



Waktu pagi, pemandangan pantai dan laut dari balkoni bilik. 

     Booking pun dari Agoda. Dapat bilik macam inilah. Bayar murah, takkan nak demand bilik menghadap laut!



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Apresiasi dan Hi-Tea 2018

My 4th -Yunus Faisal

My 1st : Fatin & 2nd: Farah