Posts

FATIN vs FARAH

Image
Hasil seni yang berbeza daripada Fatin dan Farah.       Mana satu lukisan Fatin dan yang mana lukisan Farah? Cubalah teka!😁       Saya bagi clue ye...Farah akan mendaftar kemasukan semester I Diploma Seni Reka Grafik Dan Media Digital di UITM pertengahan Ogos ini. Fatin pula sedang menunggu keputusan temuduga USM. Menunggu dalam debar sebenarnya.       Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan mereka. Apa yang dihajati, Allah kabulkan.      Doa saya, semoga anak-anak saya diberikan kejayaan yang manis-manis. Mereka anak-anak yang baik.      Sewaktu di MRSM, jadual Fatin penuh kerana memegang Biro Kebajikan. Setiap kali pelajar pulang bermalam wajib (PB wajib), dia sibuk menguruskan chartered bus.      Kerisauan saya selalu tidak bertepi bila dia mengadu, dia tidak cukup masa untuk mengulangkaji. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani, empat semester yang dilalui, Anugerah Pengetua tidak pernah dilepaskan.      Bila SPM berakhir, dia juga tidak tenang. S

INDAHNYA RAMADHAN

Nampak berselera  sungguh Yusuf makan bihun sup. Bertambah-tambah. Tidak bersisa kuah dalam mangkuk di hadapannya.     "Sedap ye Yusuf?"     "Ya." Dia tersenyum puas. Kekenyangan barangkali.      Alhamdulillah. Yusuf istiqamah berpuasa Ramadhan kali ini. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, lazimnya dia akan kepenatan apabila pulang daripada sekolah. Lalu dia akan berbuka puasa sebelum waktunya.     Pagi tadi Farah juga mendapat maklumbalas temuduga kursus yang dipohon melalui UPU. Teruja dia berbicara tentang temuduga atas talian.    Fatin juga akan menghadapi temuduga atas talian pada bulan Mei nanti. Tarikh peperiksaan IELTS yang dijadualkan pada bulan Jun masih belum muktamad. Dia bercita-cita untuk ke luar negara.🙄    Ramadhan tahun ini Yunus melangkah setapak lagi. Waktu kami solat berjemaah, dia akan turut serta. Solatnya tidak sempurna tetapi dia terus mencuba. Alhamdulillah, tiada solat kami yang terbatal kerana tingkahnya yan

Ramadhan Penuh Hikmah

Selamat menjalani ibadah puasa dalam Ramadhan Kareem tahun ini.  Walaupun berpuasa dengan pergerakan yang  terbatas kerana PKP, tetapkan hati untuk memperbanyakkan ibadat dan sedekah.  Sesungguhnya Ramadhan kali ini penuh hikmah dan mawaddah.  Salam sayang dari kami, Aideen's Family.

Berakhirnya Sebuah Penantian

Image
2 Januari 2020 - Che Da memang menunggu-nunggu hari ini. Pelbagai spekulasi dan khabar angin terhenti.  Waktu ini surat penempatan ke sekolah diserahkan kepada Che da saya serta  lima orang rakan yang lain.       Sejak awal kedengaran desas-desus tentang penstrukturan semula Pejabat Pendidikan Daerah, Che Da memang membina harapan untuk kembali ke sekolah.  Rindu pada sekolah dan wajah-wajah comel anak-anak murid Che Da simpan di lubuk hati yang paling dalam.        Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, apabila ditanya tentang rancangan masa hadapan oleh mantan PPD Che Da luahkan niat yang terpendam. Alasan-alasan lain Che Da hanya kongsi bersama suami.       Che Da mengaku, bukan mudah untuk menggalas semula tugas sebagai guru  setelah meninggalkan sekolah selama empat tahun. Banyak kemahiran dan perkara baru yang perlu Che Da kuasai segera.        OKlah! Dapat sekolah dekat dengan rumah. Bersama Pegawai Pendidikan Daerah.  Che Da dan rakan-

Perak - Kulim - Tanjung Tokong

Image
5 Disember 2019 - Cuti hujung Semester 1 Fatin bermula. Che Da sekeluarga sampai ke KMKu, Kulim dah malam. Selepas Maghrib baru kami tiba.      Kami gerak dari Perak pukul 3.30 petang. Memang dah agak akan sampai lewat, jadi kami booking hotel seminggu lebih awal. Alah, hotel tiga bintang je...Hotel Sental Seaview, Tanjung Tokong.     Selepas habis loading barang-barang Fatin ke dalam kereta, kami shoot pula ke hotel. Masing-masing dah lapar. Che Da cuba pujuk anak-anak supaya check in hotel dulu baru cari makan.   Dalam masa tujuh jam, kami sudah merentasi tiga negeri. Perjalanan kami bermula dari Perak ke Kedah. Dan daripada Kedah terus ke Pulau Pinang. Kita posing dulu... Sebelum keluar cari makan, kita boomerang dulu!       Macam mana hotel? Oklah...not bad. Setakat nak tidur untuk satu malam, kira berbaloilah. Waktu pagi, pemandangan pantai dan laut dari balkoni bilik.       Booking pun dari Agoda. Dapat bilik macam inilah. Bayar murah,

Yusuf's Artwork

Image
Sebelum sempat saya bertanya, Yusuf telah berlari-lari anak ke ruang tamu. Jadi, kita buatlah interpretasi sendiri ye. 😁 Dia menzahirkan perasaannya melalui lukisan. Kalau dia gembira, lukisannya turut tersenyum.        "They are dancing Mama."      "They are holding hands, too."       Begitulah Yusuf. Dia gembira kerana semalam, 7 Mac saya belikan dia warna air Buncho baharu.

Kita Yang Terpilih

Image
Kita Yang Terpilih Melihat mereka berjalan beriringin, menyentuh jiwa saya. Saya dan suami mengekori dari belakang. Sesungguhnya Allah mempunyai rahsia dalam perancangannya.        Cuma yang sulung bersama adik-adik. Yang kedua selesa berada di rumah. Petang itu hanya mereka bertiga berlari-lari dan bermain di taman. Tidak berempat seperti kebiasaannya.        Dia yang sulung sudah memahami peranannya. Jika yang bongsu berlari jauh ke hadapan, dia akan mengejar. Si abang juga akan berlari-lari anak mengejar si adik mengikut kemampuannya.         Sempurna atau tidak, kita perlu saling melengkapi. Jika ada yang terjatuh, bantulah dia untuk bangkit. Mama dan Abah tidak hidup selamanya. Percayalah, pasti Allah menjanjikan pelangi yang indah di hujung sana.