Posts

FATIN vs FARAH

Image
Hasil seni yang berbeza daripada Fatin dan Farah.       Mana satu lukisan Fatin dan yang mana lukisan Farah? Cubalah teka!😁       Saya bagi clue ye...Farah akan mendaftar kemasukan semester I Diploma Seni Reka Grafik Dan Media Digital di UITM pertengahan Ogos ini. Fatin pula sedang menunggu keputusan temuduga USM. Menunggu dalam debar sebenarnya.       Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan mereka. Apa yang dihajati, Allah kabulkan.      Doa saya, semoga anak-anak saya diberikan kejayaan yang manis-manis. Mereka anak-anak yang baik.      Sewaktu di MRSM, jadual Fatin penuh kerana memegang Biro Kebajikan. Setiap kali pelajar pulang bermalam wajib (PB wajib), dia sibuk menguruskan chartered bus.      Kerisauan saya selalu tidak bertepi bila dia mengadu, dia tidak cukup masa untuk mengulangkaji. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani, empat semester yang dilalui...

INDAHNYA RAMADHAN

Nampak berselera  sungguh Yusuf makan bihun sup. Bertambah-tambah. Tidak bersisa kuah dalam mangkuk di hadapannya.     "Sedap ye Yusuf?"     "Ya." Dia tersenyum puas. Kekenyangan barangkali.      Alhamdulillah. Yusuf istiqamah berpuasa Ramadhan kali ini. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, lazimnya dia akan kepenatan apabila pulang daripada sekolah. Lalu dia akan berbuka puasa sebelum waktunya.     Pagi tadi Farah juga mendapat maklumbalas temuduga kursus yang dipohon melalui UPU. Teruja dia berbicara tentang temuduga atas talian.    Fatin juga akan menghadapi temuduga atas talian pada bulan Mei nanti. Tarikh peperiksaan IELTS yang dijadualkan pada bulan Jun masih belum muktamad. Dia bercita-cita untuk ke luar negara.🙄    Ramadhan tahun ini Yunus melangkah setapak lagi. Waktu kami solat berjemaah, dia akan turut serta. Solatnya tidak sempurna tetapi dia terus mencuba...

Ramadhan Penuh Hikmah

Selamat menjalani ibadah puasa dalam Ramadhan Kareem tahun ini.  Walaupun berpuasa dengan pergerakan yang  terbatas kerana PKP, tetapkan hati untuk memperbanyakkan ibadat dan sedekah.  Sesungguhnya Ramadhan kali ini penuh hikmah dan mawaddah.  Salam sayang dari kami, Aideen's Family.

Berakhirnya Sebuah Penantian

Image
2 Januari 2020 - Che Da memang menunggu-nunggu hari ini. Pelbagai spekulasi dan khabar angin terhenti.  Waktu ini surat penempatan ke sekolah diserahkan kepada Che da saya serta  lima orang rakan yang lain.       Sejak awal kedengaran desas-desus tentang penstrukturan semula Pejabat Pendidikan Daerah, Che Da memang membina harapan untuk kembali ke sekolah.  Rindu pada sekolah dan wajah-wajah comel anak-anak murid Che Da simpan di lubuk hati yang paling dalam.        Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, apabila ditanya tentang rancangan masa hadapan oleh mantan PPD Che Da luahkan niat yang terpendam. Alasan-alasan lain Che Da hanya kongsi bersama suami.       Che Da mengaku, bukan mudah untuk menggalas semula tugas sebagai guru  setelah meninggalkan sekolah selama empat tahun. Banyak kemahiran dan perkara baru yang perlu Che Da kuasai segera.        OK...

Perak - Kulim - Tanjung Tokong

Image
5 Disember 2019 - Cuti hujung Semester 1 Fatin bermula. Che Da sekeluarga sampai ke KMKu, Kulim dah malam. Selepas Maghrib baru kami tiba.      Kami gerak dari Perak pukul 3.30 petang. Memang dah agak akan sampai lewat, jadi kami booking hotel seminggu lebih awal. Alah, hotel tiga bintang je...Hotel Sental Seaview, Tanjung Tokong.     Selepas habis loading barang-barang Fatin ke dalam kereta, kami shoot pula ke hotel. Masing-masing dah lapar. Che Da cuba pujuk anak-anak supaya check in hotel dulu baru cari makan.   Dalam masa tujuh jam, kami sudah merentasi tiga negeri. Perjalanan kami bermula dari Perak ke Kedah. Dan daripada Kedah terus ke Pulau Pinang. Kita posing dulu... Sebelum keluar cari makan, kita boomerang dulu!       Macam mana hotel? Oklah...not bad. Setakat nak tidur untuk satu malam, kira berbaloilah. Waktu pagi, pemandangan pantai dan laut dari balkoni bilik.      ...

Yusuf's Artwork

Image
Sebelum sempat saya bertanya, Yusuf telah berlari-lari anak ke ruang tamu. Jadi, kita buatlah interpretasi sendiri ye. 😁 Dia menzahirkan perasaannya melalui lukisan. Kalau dia gembira, lukisannya turut tersenyum.        "They are dancing Mama."      "They are holding hands, too."       Begitulah Yusuf. Dia gembira kerana semalam, 7 Mac saya belikan dia warna air Buncho baharu.

Kita Yang Terpilih

Image
Kita Yang Terpilih Melihat mereka berjalan beriringin, menyentuh jiwa saya. Saya dan suami mengekori dari belakang. Sesungguhnya Allah mempunyai rahsia dalam perancangannya.        Cuma yang sulung bersama adik-adik. Yang kedua selesa berada di rumah. Petang itu hanya mereka bertiga berlari-lari dan bermain di taman. Tidak berempat seperti kebiasaannya.        Dia yang sulung sudah memahami peranannya. Jika yang bongsu berlari jauh ke hadapan, dia akan mengejar. Si abang juga akan berlari-lari anak mengejar si adik mengikut kemampuannya.         Sempurna atau tidak, kita perlu saling melengkapi. Jika ada yang terjatuh, bantulah dia untuk bangkit. Mama dan Abah tidak hidup selamanya. Percayalah, pasti Allah menjanjikan pelangi yang indah di hujung sana.

Mengimbau Kenangan - Sate Kajang

Image
  25 MAC 2012 : Terjumpa gambar-gambar lama dalam posting facebook. Anak Che Da dah berempat waktu ni. Comel-comel semuanya, kan?     Semasa duduk di Klang, kalau terasa nak makan Sate Kajang, terus aje shoot ke Kajang. Lain 'feel' kalau makan di situ. Selepas makan, kami ke kawasan stadium. Seronoknya diaorang main dan acah-acah exercise.

"Jangan Menangis Mama"

Image
"Jangan Menangis Mama" Berkali-kali dia berpesan, "Jangan menangis Mama."     "Nanti orang tahu kita dapat apa."      Guru lelaki yang bertugas di kaunter kelas 502 meminta saya melihat slip keputusan sebelum diserahkan kepada anak.       "Eh, tunggu! Ambil ini." Sekeping kad berwarna oren bersaiz A4 bertukar tangan.           Tiba-tiba rasa sebak menerpa jiwa. Tidak mampu saya menahan tangis yang tersangkut di kerongkong.      "Jangan menangis Mama," katanya lagi.        Tubuhnya saya rangkul. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan saya dan segera menyimpan kad berwarna oren berukuran A4 itu dalam sampul putih yang diberikan oleh guru lelaki di kaunter tadi.         Dia tersenyum, "Kita tak nak orang tahu. Biar surprise bila naik pentas nanti." Dia anak pertama saya. Saya bangga bukan kerana keputusan yang diperolehinya tetapi ker...

Malam Hari Pertama Sekolah

Image
Malam hari pertama sekolah Che Da nampak Yusuf bersemangat pada malam hari pertama persekolahan. Seronok tengok Yusuf buat homework Maths sendiri waktu petang tu. Selepas waktu Maghrib, Yusuf terus ambil buku kerja BM tunjuk pada Che Da. Bersungguh-sungguh dia bertanya tentang penjodoh bilangan. Semoga Yusuf akan terus teruja untuk belajar BM. Risau juga Che Da sebab Yusuf dah berda di Tahun 4 tapi kemahiran menulis karangannya masih di tahap minimum.           

Hikmah DI Sebalik Musibah

Image
Edited from the original text from Che Da's FB 3.1.2018 Hikmah di sebalik musibah Sakit penghapus dosa Mungkin beberapa hari sebelum buka sekolah terkuat lah 'effort' di mana-mana. Maka hari ini saya melatih sabar, menunggu giliran di klinik. Kebetulan doktor yang bertugas kenal rakan saya di pejabat. Sempat jugalah beramah-mesra dan bertukar pendapat. Tidak sukar untuk menjalinkan ukuwah. Jujur pada diri sendiri dan bersedia untuk memberi dan menerima. Ruang dan waktu yang ada saya manfaatkan untuk bertanya tentang skop tugas dan peluang-peluang yang tersedia dalam professionnya sebagai persediaan minda andai anak sulung memilih perubatan selepas SPM nanti. Moga diizinkanNya. Andai tidak tertulis rezeki dan takdirnya begitu, saya boleh sentiasa berkongsi info dengan rakan-rakan. Juga hari ini, dalam ketidakselesaan fizikal saya bercadang untuk menjemput Yunus dari sekolah. Semalam sewaktu pulang dari pejabat, suami memberitahu Yunus tidak mahu ke ...

Majlis Apresiasi dan Hi-Tea 2018

Image
16 Disember 2018 :  Kelab Pegawai dan Kakitangan pejabat Che Da adakan Majlis Apresiasi dan Hi-Tea di Hotel Symphony Suite di Ipoh dengan tema Denim. Macam biasa, Che Da mesti pergi dengan soul-mate Che Da. Ada konflik juga nak cari baju yang sesuai sebab Che Da dah selongkar almari...yang ada jeans aje. Blouse atau kemeja denim memang Che Da tak ada. Terpaksalah ke pekan Tg. Malim 2 hari sebelum untuk cari blouse atau kemeja yang sesuai dengan tema. Dan tudung untuk dipadankan dengan baju. Biasalah kan... Majlis bermula seawal 2.00 petang tapi Che Da tiba 15 minit lewat. Highway time weekend faham-faham ajelah... Che Da minta tolong kawan booking tempat. Risau sampai lambat. Nanti tak pasal-pasal kena duduk meja VIP. So, bila sampai kawan dah lambai. Alhamdulillah, duduk semeja dengan AJK walaupun bukan AJK.  View dari balkoni Tingkat 10   Masih di Tingkat 10. Hujan renyai kat belakang tu... Hujung tahun kan...masing-masing seronok d...

1st Grade: Guitar Pop & Rock Exam

Image
Masa ni Cik Farah sedang warming up untuk ambil exam Grade 1 Guitar Rock & Pop dari Trinity College of London di Petaling Jaya dengan cikgunya.  Sebab Che Da dan husband tahu Cik Farah minat muzik, jadi kami bagi galakan dan sokongan. Semoga Cik Farah terus sukses dalam apa jua bidang yang diminati. Che Da pun tak faham dengan Cik Farah ni. Masa kecil masa dia montel, dia nak jadi chef. Lepas tu tukar nak jadi nurse. 2, 3 tahun kebelakangan ni katanya nak jadi graphic designer. Kalau tak dapat jadi graphic designer baru dia nak jadi komposer. Whatever!

The Greatest Showman Soundtrack 2018 -full album

Image

Rewrite The Stars (Zac Efron, Zendaya)

Image
Terbaca wasap kawan Cik Fatin tentang lagu ni. Che Da pun check kat Youtube. Che Da letak kat sini ye...sebagai halwa telinga  ; )

Semanis gula

Image
Dulu, arwah Opah Che Da dan Opah husband bff tau. Arwah bapa husband dan Abah Che Da dulu ex-classmates. Arwah Pak Mertua bekas polis dan Abah Che Da bekas askar. Che Da selalu cakap pada husband, maybe Opah kitaorang dulu ada bercita-cita nak rapatkan hubungan keluarga. Kan dah tercapai...Che Da dan husband pula jadi bff till jannah. InshaAllah.😘

Busking GengHaruBiru

Image
Abaikan rumah Che Da yang semak tu ye. Bila boring dan mood busking datang, ahli group ni masing-masing cari instrumen. Che Da pun layankan aje diaorang ni. https://www.instagram.com/p/BVL1A9plD_B/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=2qg4poqj4dmu

Yusuf's Paed Appointment

Image
13 Disember 2018 : Hari ini Che Da cuti sebab Che Da dan husband nak bawa Yusuf ke klinik pakar kanak-kanak di hospital. Husband kejutkan Yusuf suruh mandi dan bila dah siap bersikat dan berbedak segala, Yusuf tidur semula.  Alahai kesiannya, kena bangun awal hari ini. Bila dah masuk dalam kereta, bersambung lagi sesi tidurnya. Che Da dan husband ketawa tengok Yusuf. Pukul berapalah tidurnya malam tadi sampai tak boleh nak buka mata. Yusuf tidur dengan Fatin sejak Fatin balik dari maktab. Kalau lambat kakaknya tidur, lambatlah Yusuf tidur. Biasanya kalau Yusuf dan Yunus ada appointment di klinik pakar kanak-kanak di hospital, Che Da dan suami akan bawa diaorang lewat dari masa yang ditetapkan pada kad. Selalu sangat kalau datang awal pun, tetap dapat jumpa doktor lewat. So, the best way is to come late...but not later than 11.00 a.m. Kalau datang dekat pukul 11.00 pagi, tak perlu tunggu lama sangat. Sementara tunggu giliran, sempat kami wifie dulu... ...

Hero Che Da

Image
Hero Che Da Husband Che Da suka memasak. Sebab itu  Che Da makin 'sihat'.  Mungkin sebab dia masak dengan kasih sayang, jadi apa yang dia masak Che Da rasa sedap je.  Che Da suka puji masakan dia. Makin dipuji, makin rajin dia memasak. Psst...itulah rahsia Che Da tak perlu bersusah payah di dapur. 😘  Puji...puji...dan puji.

Celoteh Che Da

Image
Edited from the original text dari Fb Che Da T eringat kata-kata seorang kakak yang juga merupakan teman sekerja Che Da, "Menulis ni terapi tau. Kalau kita luahkan perasaan pada orang, kita akan dapat instant feedback yang kadang-kadang kita tak boleh terima." Che Da mengangguk, mengiyakan kata-katanya. Cuma nak menulis pun lebih kurang macam nak ambil gambar. Kalau objek/subjek cantik tapi angle dan kamera kurang berkualiti, gambar jadi kurang menarik. Kalau menulis pula, bila 'feel' kurang dan walaupun topik menarik, hamb ar hasil penulisan kita. Che Da bukan seorang penulis tapi Che Da suka juga menzahirkan perasaan melalui penulisan.  Che Da ada hak untuk menulis dan pembaca ada hak atau pilihan untuk suka atau tidak pada apa yang Che Da tulis. Sekian. Che Da nak pergi tengok anak bongsu Che Da google apa kat internet.😎