Majlis Apresiasi dan Hi-Tea 2018

16 Disember 2018

Kelab Pegawai dan Kakitangan pejabat Che Da adakan Majlis Apresiasi dan Hi-Tea di Hotel Symphony Suite di Ipoh dengan tema Denim. Macam biasa, Che Da mesti pergi dengan soul-mate Che Da. Ada konflik juga nak cari baju yang sesuai sebab Che Da dah selongkar almari...yang ada jeans aje. Blouse atau kemeja denim memang Che Da tak ada. Terpaksalah ke pekan Tg. Malim 2 hari sebelum untuk cari blouse atau kemeja yang sesuai dengan tema. Dan tudung untuk dipadankan dengan baju. Biasalah kan...


Majlis bermula seawal 2.00 petang tapi Che Da tiba 15 minit lewat. Highway time weekend faham-faham ajelah...

Che Da minta tolong kawan booking tempat. Risau sampai lambat. Nanti tak pasal-pasal kena duduk meja VIP. So, bila sampai kawan dah lambai. Alhamdulillah, duduk semeja dengan AJK walaupun bukan AJK. 

View dari balkoni Tingkat 10



 Masih di Tingkat 10. Hujan renyai kat belakang tu...


Hujung tahun kan...masing-masing seronok dengan majlis yang santai. Waktu pagi ada pertandingan bowling tapi Che Da tak join sebab tak pandai main. Baling bola asyik masuk longkang aje... 

Lengkaplah makan-makan petang tu dengan cabutan  bertuah, pertandingan karaoke dan pakaian terbaik kategori lelaki dan perempuan. Che Da dan kawan-kawan bercita-cita nak dapat grand lucky draw: TV LED AQUOS 40"...tapi Che Da mampu dapat shoe rack aje...hihihi

 Semua gembira!

Lebih kurang pukul 4.30 petang majlis selesai.  Kami telah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan hotel memerlukan dewan pada pukul 5.00 petang untuk persediaan tempat bagi event seterusnya. Masing-masing sibuk bawa hadiah cabutan bertuah. 

 on the way balik...tetap maintain senyum walaupun hadap traffic jam

Kami singgah tesco untuk Solat Jamak Ta'khir Zuhur dan Asar. Seterusnya, kalau sehari tak pekena teh tarik, tak sah rasanya. Jadi, penat mengadap traffic jam...kami singgah di Kampar untuk minum teh tarik. Restoran Nashmir destinasi persinggahan kami untuk segelas teh tarik. 



Lepas tu ke Domino's Pizza untuk beli pizza, upah anak-anak yang ditinggalkan.  
Tuna Temptation

Smokey Beef & Chicken

Kami sampai rumah agak lewat. Tengok jam dinding dah hampir 9.15 malam. Banyak habiskan masa atas jalan je. Tengok anak-anak berselera makan pizza, terasa penat hilang. Betapa anak-anak mempunyai 'power of healing'. 

Syukur atas nikmat rezeki yang Allah berikan.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

My 4th -Yunus Faisal