Posts

Showing posts from January, 2019

Malam Hari Pertama Sekolah

Image
Malam hari pertama sekolah Che Da nampak Yusuf bersemangat pada malam hari pertama persekolahan. Seronok tengok Yusuf buat homework Maths sendiri waktu petang tu. Selepas waktu Maghrib, Yusuf terus ambil buku kerja BM tunjuk pada Che Da. Bersungguh-sungguh dia bertanya tentang penjodoh bilangan. Semoga Yusuf akan terus teruja untuk belajar BM. Risau juga Che Da sebab Yusuf dah berda di Tahun 4 tapi kemahiran menulis karangannya masih di tahap minimum.           

Hikmah DI Sebalik Musibah

Image
Edited from the original text from Che Da's FB 3.1.2018 Hikmah di sebalik musibah Sakit penghapus dosa Mungkin beberapa hari sebelum buka sekolah terkuat lah 'effort' di mana-mana. Maka hari ini saya melatih sabar, menunggu giliran di klinik. Kebetulan doktor yang bertugas kenal rakan saya di pejabat. Sempat jugalah beramah-mesra dan bertukar pendapat. Tidak sukar untuk menjalinkan ukuwah. Jujur pada diri sendiri dan bersedia untuk memberi dan menerima. Ruang dan waktu yang ada saya manfaatkan untuk bertanya tentang skop tugas dan peluang-peluang yang tersedia dalam professionnya sebagai persediaan minda andai anak sulung memilih perubatan selepas SPM nanti. Moga diizinkanNya. Andai tidak tertulis rezeki dan takdirnya begitu, saya boleh sentiasa berkongsi info dengan rakan-rakan. Juga hari ini, dalam ketidakselesaan fizikal saya bercadang untuk menjemput Yunus dari sekolah. Semalam sewaktu pulang dari pejabat, suami memberitahu Yunus tidak mahu ke