Posts

Showing posts from December, 2018

Majlis Apresiasi dan Hi-Tea 2018

Image
16 Disember 2018 :  Kelab Pegawai dan Kakitangan pejabat Che Da adakan Majlis Apresiasi dan Hi-Tea di Hotel Symphony Suite di Ipoh dengan tema Denim. Macam biasa, Che Da mesti pergi dengan soul-mate Che Da. Ada konflik juga nak cari baju yang sesuai sebab Che Da dah selongkar almari...yang ada jeans aje. Blouse atau kemeja denim memang Che Da tak ada. Terpaksalah ke pekan Tg. Malim 2 hari sebelum untuk cari blouse atau kemeja yang sesuai dengan tema. Dan tudung untuk dipadankan dengan baju. Biasalah kan... Majlis bermula seawal 2.00 petang tapi Che Da tiba 15 minit lewat. Highway time weekend faham-faham ajelah... Che Da minta tolong kawan booking tempat. Risau sampai lambat. Nanti tak pasal-pasal kena duduk meja VIP. So, bila sampai kawan dah lambai. Alhamdulillah, duduk semeja dengan AJK walaupun bukan AJK.  View dari balkoni Tingkat 10   Masih di Tingkat 10. Hujan renyai kat belakang tu... Hujung tahun kan...masing-masing seronok dengan majlis y

1st Grade: Guitar Pop & Rock Exam

Image
Masa ni Cik Farah sedang warming up untuk ambil exam Grade 1 Guitar Rock & Pop dari Trinity College of London di Petaling Jaya dengan cikgunya.  Sebab Che Da dan husband tahu Cik Farah minat muzik, jadi kami bagi galakan dan sokongan. Semoga Cik Farah terus sukses dalam apa jua bidang yang diminati. Che Da pun tak faham dengan Cik Farah ni. Masa kecil masa dia montel, dia nak jadi chef. Lepas tu tukar nak jadi nurse. 2, 3 tahun kebelakangan ni katanya nak jadi graphic designer. Kalau tak dapat jadi graphic designer baru dia nak jadi komposer. Whatever!

The Greatest Showman Soundtrack 2018 -full album

Image

Rewrite The Stars (Zac Efron, Zendaya)

Image
Terbaca wasap kawan Cik Fatin tentang lagu ni. Che Da pun check kat Youtube. Che Da letak kat sini ye...sebagai halwa telinga  ; )

Semanis gula

Image
Dulu, arwah Opah Che Da dan Opah husband bff tau. Arwah bapa husband dan Abah Che Da dulu ex-classmates. Arwah Pak Mertua bekas polis dan Abah Che Da bekas askar. Che Da selalu cakap pada husband, maybe Opah kitaorang dulu ada bercita-cita nak rapatkan hubungan keluarga. Kan dah tercapai...Che Da dan husband pula jadi bff till jannah. InshaAllah.😘

Busking GengHaruBiru

Image
Abaikan rumah Che Da yang semak tu ye. Bila boring dan mood busking datang, ahli group ni masing-masing cari instrumen. Che Da pun layankan aje diaorang ni. https://www.instagram.com/p/BVL1A9plD_B/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=2qg4poqj4dmu

Yusuf's Paed Appointment

Image
13 Disember 2018 : Hari ini Che Da cuti sebab Che Da dan husband nak bawa Yusuf ke klinik pakar kanak-kanak di hospital. Husband kejutkan Yusuf suruh mandi dan bila dah siap bersikat dan berbedak segala, Yusuf tidur semula.  Alahai kesiannya, kena bangun awal hari ini. Bila dah masuk dalam kereta, bersambung lagi sesi tidurnya. Che Da dan husband ketawa tengok Yusuf. Pukul berapalah tidurnya malam tadi sampai tak boleh nak buka mata. Yusuf tidur dengan Fatin sejak Fatin balik dari maktab. Kalau lambat kakaknya tidur, lambatlah Yusuf tidur. Biasanya kalau Yusuf dan Yunus ada appointment di klinik pakar kanak-kanak di hospital, Che Da dan suami akan bawa diaorang lewat dari masa yang ditetapkan pada kad. Selalu sangat kalau datang awal pun, tetap dapat jumpa doktor lewat. So, the best way is to come late...but not later than 11.00 a.m. Kalau datang dekat pukul 11.00 pagi, tak perlu tunggu lama sangat. Sementara tunggu giliran, sempat kami wifie dulu...

Hero Che Da

Image
Hero Che Da Husband Che Da suka memasak. Sebab itu  Che Da makin 'sihat'.  Mungkin sebab dia masak dengan kasih sayang, jadi apa yang dia masak Che Da rasa sedap je.  Che Da suka puji masakan dia. Makin dipuji, makin rajin dia memasak. Psst...itulah rahsia Che Da tak perlu bersusah payah di dapur. 😘  Puji...puji...dan puji.

Celoteh Che Da

Image
Edited from the original text dari Fb Che Da T eringat kata-kata seorang kakak yang juga merupakan teman sekerja Che Da, "Menulis ni terapi tau. Kalau kita luahkan perasaan pada orang, kita akan dapat instant feedback yang kadang-kadang kita tak boleh terima." Che Da mengangguk, mengiyakan kata-katanya. Cuma nak menulis pun lebih kurang macam nak ambil gambar. Kalau objek/subjek cantik tapi angle dan kamera kurang berkualiti, gambar jadi kurang menarik. Kalau menulis pula, bila 'feel' kurang dan walaupun topik menarik, hamb ar hasil penulisan kita. Che Da bukan seorang penulis tapi Che Da suka juga menzahirkan perasaan melalui penulisan.  Che Da ada hak untuk menulis dan pembaca ada hak atau pilihan untuk suka atau tidak pada apa yang Che Da tulis. Sekian. Che Da nak pergi tengok anak bongsu Che Da google apa kat internet.😎

Fatin & Farah

Image
Comelnya korang waktu ni.                      Fatin                                                Farah Sejak kecil, Fatin suka buat muka. Banyak gambar dia macam tu. Farah buat peace sign tu...ikut husband Che Da lah tu... Diaorang dah besar...sekejap je rasa. Lucu pulak rasanya...teringat waktu nak lahirkan Fatin dan Farah. Sakit yang berbeza, Fatin kembar darah. Farah kembar air. Fatin anak kelahiran Selangor. Farah lahir di Perak. Farah dengan gaya ala-ala model (yang main belon tu)