Yusuf's Paed Appointment

13 Disember 2018: Hari ini Che Da cuti sebab Che Da dan husband nak bawa Yusuf ke klinik pakar kanak-kanak di hospital. Husband kejutkan Yusuf suruh mandi dan bila dah siap bersikat dan berbedak segala, Yusuf tidur semula. 

Alahai kesiannya, kena bangun awal hari ini.

Bila dah masuk dalam kereta, bersambung lagi sesi tidurnya. Che Da dan husband ketawa tengok Yusuf. Pukul berapalah tidurnya malam tadi sampai tak boleh nak buka mata. Yusuf tidur dengan Fatin sejak Fatin balik dari maktab. Kalau lambat kakaknya tidur, lambatlah Yusuf tidur.



Biasanya kalau Yusuf dan Yunus ada appointment di klinik pakar kanak-kanak di hospital, Che Da dan suami akan bawa diaorang lewat dari masa yang ditetapkan pada kad. Selalu sangat kalau datang awal pun, tetap dapat jumpa doktor lewat. So, the best way is to come late...but not later than 11.00 a.m. Kalau datang dekat pukul 11.00 pagi, tak perlu tunggu lama sangat.



Sementara tunggu giliran, sempat kami wifie dulu...




Yusuf di diagnosis memiliki mild autism pada usianya 5 tahun. Dan semakin umurnya meningkat ke 9 tahun, Che Da dan husband perasan Yusuf memiliki Asperger Syndrome. Kalau nak tahu apa itu Asperger Syndrome, boleh rujuk entri Che Da bertajuk Asperger Syndrome. Che Da letak link dekat situ.

Nanti Che Da kongsi pengalaman dari Yusuf dalam kandungan hingga sekarang. Tunggu ye... 


Comments

  1. Assalam..kalau x keberatan boleh x saya nk tau mula2 proses nk rujuk hospital..email saya anor.sha@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Assalam..kalau x keberatan noleh x sya nk tau macamane proses mula2 nk rujuk hospital..boleh email kt saya pls anor.sh@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Majlis Apresiasi dan Hi-Tea 2018

My 4th -Yunus Faisal

My 1st : Fatin & 2nd: Farah