Posts

Showing posts from March, 2019

Mengimbau Kenangan - Sate Kajang

Image
  25 MAC 2012 : Terjumpa gambar-gambar lama dalam posting facebook. Anak Che Da dah berempat waktu ni. Comel-comel semuanya, kan?     Semasa duduk di Klang, kalau terasa nak makan Sate Kajang, terus aje shoot ke Kajang. Lain 'feel' kalau makan di situ. Selepas makan, kami ke kawasan stadium. Seronoknya diaorang main dan acah-acah exercise.

"Jangan Menangis Mama"

Image
"Jangan Menangis Mama" Berkali-kali dia berpesan, "Jangan menangis Mama."     "Nanti orang tahu kita dapat apa."      Guru lelaki yang bertugas di kaunter kelas 502 meminta saya melihat slip keputusan sebelum diserahkan kepada anak.       "Eh, tunggu! Ambil ini." Sekeping kad berwarna oren bersaiz A4 bertukar tangan.           Tiba-tiba rasa sebak menerpa jiwa. Tidak mampu saya menahan tangis yang tersangkut di kerongkong.      "Jangan menangis Mama," katanya lagi.        Tubuhnya saya rangkul. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan saya dan segera menyimpan kad berwarna oren berukuran A4 itu dalam sampul putih yang diberikan oleh guru lelaki di kaunter tadi.         Dia tersenyum, "Kita tak nak orang tahu. Biar surprise bila naik pentas nanti." Dia anak pertama saya. Saya bangga bukan kerana keputusan yang diperolehinya tetapi kerana dia tetap berjalan tunduk dan menyimpan rahsia kejayaannya.