My Princesses

My 1st Born -  Fatin

Smart, mature and straight-forward.

Wishing her the best of luck in her PT3 this coming October. Hoping her to succeed with flying colours.


     
  

Fatin dan PT3



19 Disember 2016: Tiada kata seindah "Alhamdulillah" untuk Che Da ucapkan. Sekali lagi Fatin berjaya dalam perjuangannya. Dia tersenarai di antara 19 calon PT3 tahun 2016 yang mendapat straight As. 

     Kami tiba lewat di SMK Raja Permaisuri Bainun lewat. Fatin membebel kerana katanya Che Da yang menyebabkan dia tidak merima keputusannya di atas pentas. 
     "Sebab Mamalah lambat ni."
     
     Che Fa tersenyum sumbing kerana Che Da mengakui bahawa Che Da memang lambat bersiap pada pagi tersebut. Masih terngiang-ngiang di telinga sewaktu memasuki dewan, rakan-rakan Fatin mengucapkan, "Tahniah!" Reaksi Fatin bersahaja kerana keputusan PT3 belum dilihat sendiri. 

    Berbeza keadaan sewaktu keputusan UPSR diumum dan slip peperiksaan diserahkan, perasaan  hiba menyelubungi diri Che Da. Fatin Che Da peluk erat ketika itu kerana mengingatkan kepayahannya untuk menuntut ilmu. Jarak 30 kilometer ke sekolah serta 30 kilometer untuk pulang ke rumah menyebabkan dia sering tertidur dalam kereta. 

  Kali ini situasinya berbeza. Tiada drama airmata. Mujur terlewat ye...Walaubagaimanapun, tetap ada sesi bergambar calon-calon yang cemerlang bersama pentadbir sekolah.


Pesan Che Da pada Fatin, "Jangan mendabik dada. Jadi contoh terbaik pada adik-adik waimma Yunus sekalipun."


My 2nd Born - Farah

Che Da tahu orang akan suka wajahnya yang comel. Yang orang tidak tahu ialah perangainya lebih "comel." Farah memiliki second child syndrome yang sering membuat Che Da berasa geram. Dia pandai memberikan alasan atas setiap amarah Che Da. 

.





Farah : Music is where she 'finds' herself. 



Che Da suka gambar ini walaupun ia kabur kerana ada pergerakan yang pantas di situ.

Dia...puteri kedua Che Da. Che Da hanya sedar bahawa Che Da mengandungkan dia semasa usianya 18 minggu dalam kandungan.
Kenapa? Kerana Che Da menyusukan puteri pertama, Che Da ibu muda dan segala-galanya berlaku begitu cepat pada ketika itu. Semuanya rahsia Allah. Lucu tetapi indah bukan?

Hanya dia seorang yang Che Da lahirkan di hospital kerajaan di negeri kelahiran Che Da. Hanya dia juga yang dilahirkan di waktu pagi, tidak seperti anak-anak yang lain yang dilahirkan pada waktu Maghrib.

Kerana jarak kelahiran yang cuma setahun antara dia dan kakaknya, kerap juga pencapaian akademiknya dibandingkan dengan kakaknya di sekolah rendah. Setiap kali orang bertanya, jawapan Che Da cuma "Dia lain..."

Namun, dia yang paling comel semasa kecil. Dia juga yang paling gembira bila soalan pendidikan seni diedarkan seminggu lebih awal setiap kali peperiksaan. Macam-macam idea difikirkannya supaya hasil seninya akan lebih cantik.

Memiliki Second Child Syndrome, dia banyak membuatkan Che Da membebel.
Satu masa dia menyerahkan surat dari klinik kerajaan menyuruh Che Damembawanya untuk membuat pemeriksaan mata di hospital.
Lalu dia Che Da bawa ke hospital pada tarikh temujanji yang ditetapkan.
che Dahairan juga kerana optometris mengambil masa yang lama untuk menentukan 'power' cermin mata yang patut dipakainya. Siap lampu bagai.

"Puan, anak puan hanya boleh tanggalkan cermin mata semasa tidur, bermain dan mandi."
Optometris menyerahkan sekeping kertas, hasil daripada pemeriksaan tersebut.
Che Da melihat bacaan 200 di sebelah mata sahaja.
Che Da agak terkejut. "Dia selalu membaca dalam gelap agaknya." Che Da mengomel perlahan.
"Tidak. Dia dilahirkan dengan saraf yang lebih panjang daripada normal di sebelah matanya."
"Selama ini dia memaksa sebelah matanya untuk melihat dan membaca."
Seakan memahami apa yang bermain di fikiran Che Da, Optometris menyambung, "Puan kena cepat kalau tidak, mata kanannya cuma boleh melihat tetapi tidak menghantar maklumat ke otak."
Che Da mengangguk tanda faham. Rasa bersalah tiba-tiba terbit di benak. Adakah itu penyebab kesederhanaannya. Kenapa Che Da tidak pernah perasan sebelum ini.

Kerana kesederhanaannya, dia Che Da daftarkan untuk kelas gitar sejak hujung tahun 2013. Che Da mahu dia meneroka bakatnya sendiri. Ternyata usaha Che Da tidak sia-sia.

Gambar yang kabur di atas adalah gambar sebelum dia mengambil Guitar Rock & Roll Grade 3 dari Trinity College of London pada 28 Nov 2018. Cuma dia calon pelajar perempuan yang mengambil 'exam' pada hari tersebut bersama-sama pelajar-pelajar lelaki yang lain.

Untuk Farah Anis Insyirah...
Eventhough I don't speak your language...I know you did great during the exam.
Walaupun...Awak minta Mama dan Abah belikan tali gitar letrik awak dua hari sebelum 'exam' dan...
Awak paksa Mama beli blouse baru untuk awak sehari sebelum itu😊
Dan walaupun Awak sebenarnya nak jadi graphic designer.
"Kita jadilah komposer kalau tak dapat jadi graphic designer"πŸ€”



Fatin: SPM dah habis!



 5 Disember 2018


Officially Fatin tamat Form 5 dan habis SPM. 
Yeayyyy!!!Che Da tumpang gembira untuk Fatin. 

Sepanjang SPM berlangsung, Cik Fatin asyik ingatkan Che Da tentang tarikh 5 Disember. Dia minta Che Da bawa luggage kosong untuk dia. Beg tak cukup nak isi barang katanya. Bukan itu aje, Cik Fatin asyik tanya, "Mama dah fikirkan apa yang kita nak buat lepas habis SPM?"

"Ma kita nak belajar memandu tau".

"Ma, dah fikir, kita nak jalan-jalan ke mana?"

Aduhai Cik Fatin...

"Jangan lupa tau Ma, last paper kita habis pukul 3.30 petang. Ma kena ambik kita sebelum pukul 6.00 petang."

Kami sampai lebih kurang pukul 5.15 petang. Tapi, proses mengoptimakan penggunaan beg-beg kecil dan kotak-kotak buat kami berlama-lama di DM (Dewan Makan). 

Bergambar di tepi Dewan Makan (DM) sambil susun-susun barang dalam luggage.
Nampak tak kegigihan Che Da di situ?

Dan, harta pusaka selama 2 tahun di sini...
Penat Che Da dan husband sumbat-sumbat dan susun-susun semuanya.


Che Da yang terasa sayu nak tinggalkan maktab Cik Fatin. 
Che Da tanya Cik Fatin, "Awak tak sedih ke?
"Kita dah nangis beramai-ramai lepas keluar dewan tadi." 

Laluan ke bilik BWP Cik Fatin dan kawan-kawan.

Gazebo/Wakaf tempat selalu kami makan-makan/berkelah bila datang jenguk Cik Fatin.

Nanti Che Da sambung lagi ye....Tak puas pulak bercerita.πŸ˜†

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Apresiasi dan Hi-Tea 2018

My 4th -Yunus Faisal

My 1st : Fatin & 2nd: Farah