Travelog

     


     Kami anak beranak suka travel dan menginap di hotel tapi semua faktor kena ambil kira, dari sekecilnya hingga sebesarnya. Semua nak kena fikir, bila tarikh yang sesuai nak bercuti, di mana, berapa kos yang terlibat, destinasi atau tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. 

     Selalunya yang paling gembira ialah Yusuf. Soalan pertama yang kerap Yusuf tanya, "Ada swimming pool?" Pengalaman menginap di hotel budget, 2 bintang hingga 5 bintang sudah tentu memberikan pengalaman dan keseronokan yang berbeza terutamanya pada anak-anak Che Da. Apabila merancang untuk bercuti atau terpaksa bertugas di luar kawasan, Che Da akan survey hotel-hotel yang yang berbaloi dengan harga yang dibayar. Kadang-kadang sampai pening mengadap Agoda, Booking.com, Traveloka atau Hotels.com. Jangan cakap "Kenapa tak guna Trivago?" Che Da dah cuba tapi lagi best tengok satu-persatu. 






PORT DICKSON

LEXIS PORT DICKSON:2015

Kami menginap di Lexis Port Dickson: Serviced Suites

Yusuf masih bulat masa ni...

Gelapnya Cik Fatin waktu ni... 

At one corner of the room

from our balcony...seeing Grand Lexis


LANGKAWI:2013

LANGKAWI: ONE HOTEL HELANG 2013

Disember 2013: This was the year Fatin took her UPSR. Since she got 5As, we decided to bring the kids for a vacation to Langkawi. We booked MH flight tickets somewhere in September. We went to Langkawi on the same day Fatin took her Qualification Test to enter MRSM at MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin Melaka. 

Kami ke bercuti di sini selama 4 hari 3 malam. Tiket kapal terbang pergi dan balik Che Da dan husband booking 3 bulan lebih awal. Kami naik pesawat MAS dan jumlah tambang lebih kurang dalam RM1000.  Agak mencabar membawa Yunus menaiki kapal terbang sebenarnya. Bila kapal terbang nak take off dan touch down, Yunus mula la buat perangai. Tak nak pakai seat belt dan nak berdiri. Flight attendants suruh duduk jugak. Ye la kan...for his safety. Tapi susah la kan since Yunus macam tu. Oh...tapi masa tu kami tak tau pun Yunus autistik. Disebabkan masa tu Yunus takut pada nail clipper (ketip kuku), bila Yunus nak bangun je...kami tunjuk ketip kuku. So, dia duduk semula tapi mulut dia bising merengek.

Che Da nak kongsi gambar-gambar kat Langkawi...  

Dalam pesawat





Beratur untuk naik SkyCab @ Cable Car 

Disember 2013 - Bila datang ke Langkawi 'time' cuti sekolah, kenalah redha  beratur untuk beli tiket. Memandangkan anak-anak belum pernah naik Cable Car di Langkawi, kami pun beratur secara berjemaah.😅
Nasib baik Yunus tak meragam walaupun ramai orang. Alhamdulillah.




     OK...Semua suka hati. Sesekali Yunus merengek juga...mungkin dia terasa gayat. Che Da pun rasa gayat juga kalau pandang ke bawah. Oraitt! Kita jangan pandang ke bawah ye!







Che Da dan anak-anak


Oriental Village Langkawi




Kota Mahsuri & Makam Mahsuri






Dataran Helang





     Banyak tempat yang kami lawati tapi disebabkan Che Da lambat menulis entri ini, jadi Che Da kena cari semula gambar-gambar yang berkaitan. Tunggu ye nanti Che Da sambung lagi.













Comments

Popular posts from this blog

Majlis Apresiasi dan Hi-Tea 2018

My 4th -Yunus Faisal

My 1st : Fatin & 2nd: Farah