16 Disember 2018 : Kelab Pegawai dan Kakitangan pejabat Che Da adakan Majlis Apresiasi dan Hi-Tea di Hotel Symphony Suite di Ipoh dengan tema Denim. Macam biasa, Che Da mesti pergi dengan soul-mate Che Da. Ada konflik juga nak cari baju yang sesuai sebab Che Da dah selongkar almari...yang ada jeans aje. Blouse atau kemeja denim memang Che Da tak ada. Terpaksalah ke pekan Tg. Malim 2 hari sebelum untuk cari blouse atau kemeja yang sesuai dengan tema. Dan tudung untuk dipadankan dengan baju. Biasalah kan... Majlis bermula seawal 2.00 petang tapi Che Da tiba 15 minit lewat. Highway time weekend faham-faham ajelah... Che Da minta tolong kawan booking tempat. Risau sampai lambat. Nanti tak pasal-pasal kena duduk meja VIP. So, bila sampai kawan dah lambai. Alhamdulillah, duduk semeja dengan AJK walaupun bukan AJK. View dari balkoni Tingkat 10 Masih di Tingkat 10. Hujan renyai kat belakang tu... Hujung tahun kan...masing-masing seronok d...
Drawing is his passion... Diagnosed with mild autism... Kinda shy. After countless sessions of speech therapy, he slowly overcomes his lack of communication skills. Thank you Allah.
Hasil seni yang berbeza daripada Fatin dan Farah. Mana satu lukisan Fatin dan yang mana lukisan Farah? Cubalah teka!π Saya bagi clue ye...Farah akan mendaftar kemasukan semester I Diploma Seni Reka Grafik Dan Media Digital di UITM pertengahan Ogos ini. Fatin pula sedang menunggu keputusan temuduga USM. Menunggu dalam debar sebenarnya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan mereka. Apa yang dihajati, Allah kabulkan. Doa saya, semoga anak-anak saya diberikan kejayaan yang manis-manis. Mereka anak-anak yang baik. Sewaktu di MRSM, jadual Fatin penuh kerana memegang Biro Kebajikan. Setiap kali pelajar pulang bermalam wajib (PB wajib), dia sibuk menguruskan chartered bus. Kerisauan saya selalu tidak bertepi bila dia mengadu, dia tidak cukup masa untuk mengulangkaji. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani, empat semester yang dilalui...
Comments
Post a Comment