My Small Heroes

YUSUF's ARTWORK


No automatic alt text available.


Yusuf memang suka melukis. Selalunya Yusuf akan memilih 'gegurls' dan fashion untuk dilukis. Tengoklah...setiap karektor akan dibezakan dari sudut pandangan seorang aspie. 

Years to come, Che Da dan suami berharap Yusuf akan menjadi fashion designer yang hebat. Doakan Yusuf ya...😄


9 JANUARY 2018 : POSTED IN AUTISME MALAYSIA

with 719 reactions
and 65 comments

https://www.facebook.com/search/str/autisme+malaysia/keywords_blended_posts?epa=FILTERS&filters=eyJycF9hdXRob3IiOiJ7XCJuYW1lXCI6XCJhdXRob3JfbWVcIixcImFyZ3NcIjpcIlwifSJ9

Asyik sungguh Che Da tengok Yusuf melukis masa itu. Sebenarnya Che Da tak tau Yusuf tengok kartun apa yang buat dia inspired enough to draw these characters. So, Che Da saja share di group Autisme Malaysia.



No automatic alt text available.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


BUSY BOOK

16 December 2016


     Aunty Syitah yang belikan Busy Book ni. Aunty Syitah kawan Che Da di ofis. Terima kasih Aunty Syitah belikan Yusuf dan Yunus  Busy Book. They love  it so much. 



Occupied with their Busy Book/Quiet Book.

Thank you Aunty Syitah!



Autism

19 August 2016

Check this one.
http://www.webmd.com/brain/autism/ss/slideshow-autism-overview

Petang ni goggle tentang Asperger Syndrome. Terjumpa website ni. Sebab ada slide show..paste kat sini address. Senang nak refer nanti...




Autism + OT

15 August 2016

Brought Yusuf for an appointment at the hospital to review his progress . Felt kinda sleepy  while waiting. We were at the hospital since 9.15 a.m. 






Believe it or not... waited until 11.45 a.m to meet the doctor. 
Somehow it was worth waiting because the doctor was nice!
We left the hospital at 12.30 p.m.




16 AUGUST 2016


Finally we managed to get an appointment for Yunus at UPSI for his Occupational Therapy.
Berpeluang berbincang dengan OT Therapist dan juga Pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI: En. Hasrul Hoshan


Kami bersyukur kerana banyak tips diberikan semasa sesi perbincangan.

Autism Yunus tidak severe. Walaubagaimanapun, banyak masa dan tenaga diperlukan untuk mengubah tabiat-tabiat yang telah menjadi kebiasaannya. Antaranya: ajar Yunus ke tandas bila hendak membuang air besar dan kecil. Jadikan ia mandatori memandangkan Yunus boleh mengawal bladder. (dia tahu bila dia hendak buang air besar atau kecil - meminta dipakaikan diapers dengan mengambil diapers dan memberi kepada kami untuk dipakaikan.)

Yunus juga mempunyai masalah sensori. Dia tidak suka memakai seluar jeans. Seluar yang dipakai adalah dari jenis kain t-shirt atau cotton. Dia juga gemar memakai baju tidak berkolar dan tidak berlengan. Tabiat ini perlu diubah perlahan-lahan dengan memberinya baju dan seluar dari material yang lain.

Apabila mandi, gosok-gosokkan badannya dengan kuat sedikit dengan span atau kain pembersih. Berikan juga dia sabun dan suruh dia sendiri yang menyapu dan menggosok-gosok bahagian badannya supaya dia tahu/sedar yang dia memiliki anggota-anggota badan seperti perut, kaki dan tangan. Suami saya menambah, selepas mandi,  lap dan gosok-gosokkan bahagian-bahagian badannya dan memberitahu bahagian-bahagian badan tersebut. Contohnya sambil mengeringkan rambut dan kepala katakan padanya...ini rambut...kepala.

En. Hasrul menambah: waktu 1 hingga 5 tahun adalah waktu anak-anak belajar bersosial dan berinteraksi. Biarkan anak-anak berkawan dengan rakan-rakan supaya mereka dapat belajar berbual dan bermain dengan baik.

Kepelbagaian adalah penting untuk anak-anak autism seperti Yunus. Jangan biarkan dia 'biasa' dengan kebiasaanya. Pesannya lagi, kenalpasti apakah kelebihan Yunus kerana anak-anak autism akan sangat mahir dalam sesuatu bidang yang diminatinya.

Dalam bahasa yang 'berlapik', Yunus mungkin berusia 5 tahun tetapi tahap pemikiran dan pelakuannya belum mencapai pencapaian kanak-kanak yang seusia dengannya.

Kami pernah melalui fasa 'denial'. Redha membuatkan kami sentiasa mahu mencari jalan untuk memahami dunia anak autis dan ADHD kami, Yunus Faisal. Kami  bersyukur kerana dipilih untuk menjaga anak-anak autisme kami.

Untuk Yunus :  
Maafkan mama dan abah kerana kadangkala rasa penat mengatasi kesabaran kami.            Kami akan sentiasa belajar untuk mengatasi kekurangan kami. Semoga  Allah memudahkan segalanya.




Comments

Popular posts from this blog

Majlis Apresiasi dan Hi-Tea 2018

My 4th -Yunus Faisal

My 1st : Fatin & 2nd: Farah