"Jangan Menangis Mama"

"Jangan Menangis Mama"







Berkali-kali dia berpesan, "Jangan menangis Mama."
    "Nanti orang tahu kita dapat apa."

     Guru lelaki yang bertugas di kaunter kelas 502 meminta saya melihat slip keputusan sebelum diserahkan kepada anak. 
     "Eh, tunggu! Ambil ini." Sekeping kad berwarna oren bersaiz A4 bertukar tangan.
   
      Tiba-tiba rasa sebak menerpa jiwa. Tidak mampu saya menahan tangis yang tersangkut di kerongkong.
     "Jangan menangis Mama," katanya lagi. 

      Tubuhnya saya rangkul. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan saya dan segera menyimpan kad berwarna oren berukuran A4 itu dalam sampul putih yang diberikan oleh guru lelaki di kaunter tadi. 

       Dia tersenyum, "Kita tak nak orang tahu. Biar surprise bila naik pentas nanti."
Dia anak pertama saya. Saya bangga bukan kerana keputusan yang diperolehinya tetapi kerana dia tetap berjalan tunduk dan menyimpan rahsia kejayaannya. 

      Setiap anak yang hadir di dewan itu adalah pejuang. Wajah-wajah yang saya temui dirakamkan dalam pita ingatan. Senyum dan tangis mereka adalah bukti bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Apresiasi dan Hi-Tea 2018

My 4th -Yunus Faisal