Hikmah DI Sebalik Musibah

No photo description available.



Edited from the original text from Che Da's FB
3.1.2018

Hikmah di sebalik musibah
Sakit penghapus dosa

Mungkin beberapa hari sebelum buka sekolah terkuat lah 'effort' di mana-mana. Maka hari ini saya melatih sabar, menunggu giliran di klinik. Kebetulan doktor yang bertugas kenal rakan saya di pejabat. Sempat jugalah beramah-mesra dan bertukar pendapat. Tidak sukar untuk menjalinkan ukuwah. Jujur pada diri sendiri dan bersedia untuk memberi dan menerima.
Ruang dan waktu yang ada saya manfaatkan untuk bertanya tentang skop tugas dan peluang-peluang yang tersedia dalam professionnya sebagai persediaan minda andai anak sulung memilih perubatan selepas SPM nanti. Moga diizinkanNya. Andai tidak tertulis rezeki dan takdirnya begitu, saya boleh sentiasa berkongsi info dengan rakan-rakan.
Juga hari ini, dalam ketidakselesaan fizikal saya bercadang untuk menjemput Yunus dari sekolah. Semalam sewaktu pulang dari pejabat, suami memberitahu Yunus tidak mahu ke kelas baharu. Dia lebih selesa berada di kelas lama. Jadi, di kesempatan ini saya melilau mencari Yunus di kelas lama, Tahun 1. Tiada kelibat Yunus.
Kebetulan kehadiran saya disedari oleh Penolong Kanan yang juga mengajar Yunus BM pada tahun ini. Dia memberitahu Yunus berada di kelas baharu dan bercerita tentang aktiviti yang dijalankan sewaktu sesi pdpc di kelas Yunus. Berulangkali saya mengucapkan 'Alhamdulillah'. Gembira rasanya bila semakin banyak kosa kata BM telah Yunus kuasai. Saya sentiasa bersyukur kerana Yunus boleh membaca sebelum masuk ke Tahun 1 walaupun pelat 'English accent'nya tetap mendominasi.
Maka saya bergegas ke kelas Yunus yang baharu iaitu Tahun 2 Kasih. Yunus menyambut kehadiran saya dengan gembira. Guru kelas memberitahu, Yunus diumpan dengan 'handphone" ke sini. Saya tersenyum. Semoga Yunus dapat memulakan rutin baharu di kelas baharu dengan baik untuk hari-hari mendatang.
Dalam perjalanan ke parkir kereta, saya sempat bertukar senyuman dengan
ibubapa yang datang menjemput anak-anak mereka dan mengenali beberapa anak autisme Tahun 1 sambil Yunus berjalan laju di hadapan saya. Sesampai di kereta, sapaan abahnya disambut dengan "Hello!"
Kan manis kalau menyebut "Assalamualaikum Abah".
Sekian. Terima kasih kerana membaca. Saya nak makan ubat. Esok nak drive lebih 55km ke tempat kerja😙

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Apresiasi dan Hi-Tea 2018

My 4th -Yunus Faisal

My 1st : Fatin & 2nd: Farah